NEW RULES TRANSLATIONS IAAF 2010-2011

(1)     Peraturan 100

Semua pertandingan,kecuali  Kejohanan-Kejohanan Dunia  (Tempat Terbuka atau Tempat Tertutup) dan Sukan Olimpik, boleh diadakan dalam bentuk format yang berbeza daripada apa yang terkandung dalam  Peraturan Teknikal IAAF/KOAM  ini.  Walaubagaimanapun format tersebut tidak boleh memberi  hak yang lebih kepada atlet  daripada hak yang akan diberikan kepada atlet jika  Peraturan Teknikal  IAAF/KOAM ini digunapakai. Format berbeza yang akan digunakan hendaklah ditentukan oleh badan yang mengawal pertandingan berkenaan.

(2)    Jika rayuan melibatkan perkara yang terkandung di bawah Peraturan 230, sekurang-kurangnya seorang daripada   ahli  Panel Juri Rayuan mesti terdiri daripada Ahli Panel Hakim Jalan Kaki Antarabangsa (atau Wilayah berkenaan)

Mana-mana Ahli Juri Rayuan mesti menarik diri dari sessi pertimbangan Panel Juri Rayuan jika rayuan itu, secara langsung atau tidak langsung melibatkan atlet atau pasukan dari negara atau negeri Ahli panel berkenaan.  Pengerusi Juri Rayuan akan mengarahkan  Ahli  berkenaan bertindak sedemikian jika beliau belum lagi menarik diri.  IAAF/KOAM atau badan yang bertanggungjawab ke atas pertandingan tersebut akan melantik seorang atau lebih dari seorang pengganti untuk mengambil tempat ahli atau ahli-ahli yang terpaksa mengundur diri dalam situasi di atas.

(3)    Peraturan 125.

  1. Seorang atau lebih dari seorang Referi, mengikut kesesuaian, hendaklah dilantik bagi Bilik Panggilan,  Acara-Acara Balapan,  Acara-Acara Padang,  Acara-Acara Bercampur dan bagi Acara-Acara Larian dan Jalan Kaki di luar stadium.

(4)    Peraturan 125

4.   Semua amaran dan penyingkiran yang dibuat oleh Referi mesti maklumkan kepada Setiausaha Pertandingan dan kepada Referi-Referi yang lain.

(5)    Peraturan 125.

8.  Referi Acara Jalanraya (Peraturan 144 dan 240.8) seboleh-bolehnya akan memberi amaran kepada peserta terlebih dahulu sebelum bertindak membatalkan  peserta itu.  Jika amaran ini dipertikaikan dan ada bantahan langkah-langkah yang terkandung dalam Peraturan 146 akan beroperasi.

(7) Peraturan 127.INSERT

3.  Pengadil (atau Pengadil-Pengadil) berkenaan dikehendaki melaporkan kepada Referi sekiranya berlaku perlanggaran Peraturan walaupun atlet (atau pasukan) tidak menamatkan larian.

(8)Peraturan 132.   INSERT.

Satu Pusat Maklumat Teknikal  (Technical Information Centre) akan ditubuhkan bagi Pertandingan-Pertandingan  di bawah Peraturan 1.1 (a), (b), (c), (f) dan (g). Penubuhan Pusat ini juga digalakkan untuk semua pertandingan yang mengambil masa  lebih dari satu hari.  Fungsi utama Pusat Maklumat Teknikal ialah untuk memastikan pertukaran maklumat teknikal dan pertandingan diantara penganjur,Wakil Teknik,atlet,pasukan dan pentadbir pertandingan berjalan dengan mudah dan licin.

(9) Peraturan 137.   DELETE AND REPLACE

Seorang atau lebih dari seorang HakimUkur hendaklah dilantik sekiranya alat ukur elektronik atau alat ukur video digunakan.

(10) Peraturan 137.   DELETE AND REPLACE

Hakim-Hakim dibawah penyeliaan Referi (jika boleh Pegawai Teknik Antarabangsa yang ditugaskan untuk acara berkenaan)

(11) Peraturan137.   INSERT

Satu borang pengesahan akan ditandatangani oleh semua yang terlibat dan disertakan dengan kad keputusan. Semasa pertandingan sedang berjalan beliau bertanggungjawab ke atas semua aspek operasi alat. Beliau akan melaporkan kepada Referi Acara Padang untuk mengesahkan yang alat berfungsi dengan betul.

(12) Peraturan 141.    INSERT

bagi acara-acara yang dipertandingkan dalam stadium dan atlet yang mencapai hari lahir ke- 40bagi acara-acara di luar stadium.

(13) Peraturan 144.   INSERT.

1.  Kebenaran untuk berbuat demikian hanya akan diberikan jika tidak ada alat paparan masa yang diletakkan di tempat-tempat tertentu yang boleh dilihat oleh semua atlet yang bertanding. Kawasan pertandingan haruslah  diasingkan dan bersempadan.  Kawasan ini dikhaskan untuk pertandingan dan boleh dimasuki oleh atlet-atlet  yang bertanding dan pegawai-pegawai yang berhak berada di kawasan itu sahaja menggikut Peraturan dan Tatacara Teknikal dan Pertandingan.

(14) Peraturan 146.    DELETE AND REPLACE

3. Sebarang bantahan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan  secara lisan kepada Referi berkenaan oleh atlet itu sendiri atau orang yang bertindak bagi pihak atlet yang terlibat. Orang atau pasukan yang membuat bantahan mesti ada kepentingan “bona fide” dalam acara tersebut.

Semua keputusan yang dibuat oleh Referi masih boleh di cabar melalui rayuan  kepada Juri Rayuan. Jika Referi tidak ada atau tidak dapat dikesan untuk dikemukakan bantahan lisan,bantahan  tersebut boleh dibuat melalalui Pusat Maklumat Teknikal.

(15)  Peraturan 146.  DELETE AND REPLACE.

4. b)  Jika percubaan yang menimbulkan bantahan

(i)                  berlaku semasa tiga percubaan awal acara padang ukuran mendatar yang melibatkan lebih daripada lapan orang peserta, dan atlet itu akan mara ke tiga pusingan yang berikutnya jika bantahan itu berjaya atau

(ii)                dalam acara padang ukuran tinggi dimana atlet tersebut boleh meneruskan lompatan jika bantahan itu berjaya.

Referi boleh membenarkan atlet tersebut meneruskan pertandingan untuk menjaga hak semua pihak.  Semua percubaan yang dibuat semasa bertanding dibawah bantahan akan jadi sah jika disahkan oleh Referi atau Juri Rayuan jika rayuan yang kemukakan ke Juri Rayuan berjaya.

(16)Peraturan 146.   DELETE AND REPLACE

5.  Rayuan kepada Juri Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 minit

(a). selepas pengumuman rasmi  pencapaian yang diperbetulkan yang tertimbul daripada keputusan Referi ekoran bantahan lisan , atau;

(b). makluman disampaikan kepada pihak yang membuat bantahan,tanpa perubahan dibuat ke atas pencapaian asal.

Rayuan kepada Juri Rayuan mestilah dibuat secara bertulis, ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk atlet atau pasukan dan disertakan wang cagaran sebanyak USD 100 (atau sama nilai). Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan sekiranya rayuan itu gagal.

Peringatan: Waktu keputusan dibuat oleh Referi berkenaan ke atas sesuatu bantahan mesti disampaikan ke Pusat Maklumat Teknikal. Sekiranya tidak boleh mengumumkan keputusan kepada pihak yang membantah secara lisan,masa rasmi untuk maksud pengumuman rasmi keputusan akan dikira pada masa maklumat itu disampaikan  ke  Pusat Maklumat Teknikal.

(17)Peraturan 162.    DELETE and REPLACE

Peringatan:  Untuk pertandingan dibawah Peraturan 1.1 (a), (b) (c) (e) dan (i), arahan Pelepas mestila dalam Bahasa Inggeris sahaja.

(18)  Peraturan 162.    DELETE and REPLACE

5. Setelah menerima arahan “Ke garisan” atau “sedia” semua atlet dikehendaki mematuhi arahan dan mesti bergerak dan mengambil posisi dengan kedudukan bersedia tanpa membuang masa.

Jika Pelepas berpendapat bahawa ada peserta

(a)    selepas arahan “Ke Garisan” atau “sedia” dan sebelum tembakan pistol, telah menyebabkan prosedur permulaan dihentikan  dengan cara mengangkat tangan,atau berdiri atau bangun tanpa sebab ynag munasabah (dari pandangan Referi) atau

(b)   gagal mematuhi secara betul arahan “ke garisan” atau “sedia”,menganggu atlet lain dengan mengeluarkan bunyi dan sebagainya

Pelepas akan membatalkan permulaan dan mengarah supaya prosedur diulangi.

Referi bekenaan boleh memberi amaran kepada atlet tersebut kerana tidak berkelakuan baik (boleh disingkirkan jika diulangi) mengikut Peraturan-Peraturan 125.5 and 145.2.

Jika permulaan terpaksa di batalkan oleh kerana kuasa luar,atau Referi tidak setuju dengan tindakan Pelepas kad hijau akan ditunjukkan kepada semua atlet untuk memberitahu mereka yang salah mula telah berlaku tetapi bukan disebabkan oleh mana-mana  atlet yang bertanding.

(19) Peraturan 162.   DELETE AND REPLACE

7.  Mulai 1 Januari 2010.

Kecuali dalam Acara Bercampur,mana-mana atlet yang melakukan salah mula akan disingkirkan.

Dalam Acara Bercampur peserta yang melakukan salah mula hendaklah diberi amaran.Hanya satu salah mula dalam satu perlumbaan dibenarkan tanpa pembatalan atlet. Mana-mana atlet yang melakukan salah mula lagi dalam perlumbaan itu akan dibatalkan.

(20)Peraturan 165.   DELETE AND REPLACE

5. Semua Penjaga Masa hendaklah menggunakan jam  elektronik yang dikendalikan secara manual dengan paparan digital.

(21)Peraturan 165.    DELETE AND REPLACE

(c) System berkenaan akan dimulakan dengan tembakan pistol pelepas  atau diserentakan dengan isyarat mula.

(22) Peraturan 166.  AMEND

10,000

(23)   Peraturan 166.  DELETE AND REPLACE

Jika boleh,peserta dari  negara atau pasukan yang sama dan atlet-atlet yang mempunyai taraf terbaik akan diletakkan dalam saringan yang berlainan di pusingan awal pertandingan. Dibawah Peraturan ini, selepas pusingan awal, pertukaran atlet dari satu saringan ke saringan yang lain hanya boleh dibuat diantara atlet yang setaraf mengikut Peraturan 166.3.

(24)   Peraturan 167.    DELETE AND REPLACE

1. Jika Hakim-Hakim atau Hakim Foto Penamat tidak boleh mengasingkan kedudukkan atlet mengikut Peraturan-Peraturan 164.2, 165.15, 165.21 atau 165.24  (yang dapat dikaitkan), kedudukan seri akan kekal.

(25) Peraturan 167.   DELETE AND REPLACE

…(mengikut Peraturan 167.1) ,untuk menentukan tempat kelayakan,  ianya akan ditentukan secara undian.  Jika terdapat seri untuk melayakkan ke pusingan berikut berdasarkan masa dan tempat,atlet-atlet yang seri akan dibenarkan ke pusingan berikutnya atau, jika tidak praktikal, undian akan dibuat untuk menentukan atlet yang layak.

(26) Peraturan 168.  INSERT

Pemesongan mendatar maksima bahagian atas pagar (termasuk tiang-tiang) sekiranya tekanan seberat 10 kg dikenakan di bahagian tengah tidak boleh melebihi 35 mm.

(27) Peraturan 180.   DELETE AND REPLACE

5.(a)    giliran bertanding untuk percubaan ke-empat dank e-lima akan dibuat menyonsang susunan kedudukan yang dicapai selepas  tamat tiga pusingan awal.  Giliran  untuk percubaan terakhir mesti dalam urutan songsang mengikut kedudukkan yang dicatat melalui  lima  percubaan yang awal.

(28)  Peraturan 180.   DELETE AND REPLACE

Peringatan i.   Untuk Lompatan Tinggi,lihat Peraturan 181.2

Peringatan ii.   Jika seorang atau lebih atlet dibenarkan oleh Referi untuk bertanding bawah bantahan mengikut Peraturan 146.4 (b),  atlet berkenaan akan membuat percubaan terlebih dahulu daripada atlet-atlet lain.  Jika ada lebih dari seorang dalam situasi sedemikain, mereka juga akan membuat percubaan terlebih dahulu  tetapi giliran sesama mereka akan mengikut urutan  giliran asal.

(29)  Peraturan 189.   DELETE AND REPLACE

20. Kecuali acara lompatan ketinggian,jika berlaku seri di mana-mana kedudukkan,termasuk pertama,kedudukan itu akan kekal.

8. Menentukan Tempat

Jika dua atau lebih daripada dua orang atlet berjaya melepasi  ketinggian tertinggi yang sama maka langkah-langkah berikut akan dilaksanakan untuk menentukan tempat  :

(a). Atlet yang mempunyai jumlah percubaan yang paling sedikit untuk melepasi ketinggian tertinggi tersebut akan diberi tempat lebih teratas.

(b). Jika masih sama selepas melalui langkah yang terkandung dalam Peraturan 181.8 (a),  peserta yang mencatat jumlah kegagalan yang paling kurang sepanjang pertandingan, termasuk percubaan di ketinggian yang terakhir yang dilepasi, akan diberi tempat yang lebih teratas.

(c) Jika masih sama selepas langkah dalam Peraturan 181.8 (b),  atlet –atlet akan diberikan tempat yang sama kecuali ianya melibatkan tempat pertama.

(d) Jika melibatkan tempat pertama atlet-atlet yang berkenaan hendaklah diberi satu  lompatan sisih di ketinggian yang mengikuti ketinggian tertinggi yang dilepasi, seperti yang di ditetapkan dalam Peraturan 181.1,  kecuali ada ketetapan yang berlainan dalam peraturan pertandingan yang dibuat khas untuk pertandingan tersebut,  atau oleh Wakil Teknik (atau Referi jika Wakil teknik tidak dilantik). Sekiranya lompatan sisih tidak diadakan,  termasuk  keadaan di mana atlet-atlet berkenaan bersetuju sesama mereka untuk tidak  melompat lagi, kedudukan seri di tempat pertama akan diistiharkan.

Peringatan : Prosedur ini tidak dikenakan dalan Acara Campuran.

9. Lompatan Sisih

(a) Peserta-peserta berkenaan mesti melompat di semua ketinggian sehingga kedudukan dapat ditentukan atau sehingga semua peserta bersetuju untuk tidak mahu melompat lagi.

(b) Setiap peserta  diberikan satu percubaan di satu paras ketinggian.

(c) Lompatan  akan bermula di ketinggian yang mengikuti ketinggian tertinggi yang dilepasi seperti yang terdapat dalam Peraturan 181.1.

(d) Jika keputusan tidak dicapai, palang akan dinaikkan jika lebih daripada seorang peserta berjaya melepasi ketinggian itu, atau diturunkan jika semua peserta gagal melepasinya. Perubahan ketinggian mestilah sama iaitu 2 sm bagi Lompat Tinggi dan 5 sm untuk Lompat Bergalah.

(e) Jika ada atlet yang tidak melompat  mana-mana ketinggian beliau secara otomatik kehilangan hak mendapat tempat pertama.  Jika terdapat hanya seorang atlet yang masih tinggal,beliau akan diistiharkan sebagai pemenang samada beliau melepasi atau tidak ketinggian itu.

(31)   Peraturan 183        DELETE AND REPLACE

11. Galah boleh mempunyai balutan pita pelekat pada pemegang dan pita atau bahan yang lain yang sesuai di penghujung tapaknya.

(38)  Peraturan 1911   AMEND

7. …… atau dengan pendakap tidak melebihi 110mm panjangnya.

(42) Peraturan 230

DELETE AND REPLACE3. (a) …Peserta tersebut akan diberitahu tentang pembatalan itu oleh Ketua Hakim Jalan Kaki atau Penolong Ketua Hakim Jalan Kaki dengan ditunjukkan papan merah apabila sahaja  peserta tersebut menamatkan perlumbaan.

(44)  Peraturan 230    INSERT

3. (b)    …dan (f), dua atau lebih dari dua orang Penolong-Penolong  Ketua Hakim Jalan Kaki hendaklah dilantik.

(46)  Peraturan 230   INSERT

6. (e)     Dalam semua pertandingan lain, di mana system di atas tidak digunakan, Ketua Hakim, selepas tamat perlumbaan akan melaporkan dengan segera kepada Referi, identiti atlet-atlet yang telah dibatalkan di bawah Peraturan 230.3(a) atau 230.6(a). Mereka dikenali melalui bib yang mereka pakai.Masa pembatalan juga dilaporkan. Perkara yang sama dilakukan untuk semua atlet yang menerima kad merah.

(47) Peraturan 230     DELETE AND REPLACE

7.        Jika perlumbaan melibatkan bilangan peserta yang ramai, amaran lima minit, tiga minit dan satu minit sebelum perlumbaan akan dibuat.

(48)  Peraturan 230.    INSERT

9. (b)

Peringatan :   Stesen kabus boleh didirikan jika sesuai dengan mengambil kira factor-faktor cuaca dan pengurusan

(49)  Peraturan 230.   INSERT

9. (d)  Persegaran yang disediakan oleh atlet akan disimpan di bawah penyeliaan pegawai-pegawai yang dilantik oleh penganjur,  dari masa ianya diserahkan oleh atlet atau wakilnya.

(50)  Peraturan 230 .   DELETE AND REPLACE

(e)  Pegawai-Pegawai yang dilantik  (lihat d)  tidak boleh masuk laluan  atau menghalang mana-mana atlet. Mereka dikehendaki mengulurkan persegaran tersebut samada dari belakang atau di possisi yang tidak melebihi satu meter di hadapan atau tepi meja.

(f) Peserta yang mengambil persegaran dari tempat selain daripada stesen persegaran boleh dibatalkan.

(51)  Peraturan 240   INSERT

Permulaan/Penamat  boleh diadakan di atas rumput atau tapak yang lembut.

52. Peraturan 240.   INSERT

Peringatan v.  nSijil Resmi Ukuran Laluan yang sah untuk lima tahun akan dikeluarkan. Selepas lima tahun laluan mesti diukur sekali lagi walaupun tiada apa-apa perubahan berlaku.

(53)   Peraturan 240   DELETE AND REPLACE

Permulaan hendaklah dimulakan dengan tembakan pistol,meriam,horn-angin atau alat-alat lain yang sesuai.  Kata arahan biasa untuk acara jarak dari 400m ke atas digunakan(Peraturan 162.3) Dalam perlumbaan yang terdapat ramai peserta, amaran lima minit, tiga minit  minit dan satu minit akan diberikan.

(54)  Peraturan 240.   INSERT

9.(b)  Peringatan.  Stesen kabus boleh diadakan jika sesuai dengan mengambil  kira  faktor-faktor cuaca atau pengurusan.

(55)  Peraturan 240.  INSERT

9.(c).  Pegawai-pegawai yang dilantik tidak boleh masuk laluan atau menghalang mana-mana atlet. Mereka akan menghulurkan persegaran tersebut samada dari belakang atau dari posisi yang tidak melebihi  satu meter di hadapan atau di tepi meja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>